Search

Kota Kinabalu disytihar dilanda bencana banjir

January 3, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Bandaraya Kota Kinabalu disytihar dilanda bencana banjir berkuatkuasa jam 9 malam ini berikutan kejadian banjir di beberapa kawasan akibat hujan lebat berterusan pada Sabtu.

Pengisytiharan bencana itu dikeluarkan Datuk Bandar Kota Kinabalu selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan DBKK bermula jam 8 malam tadi hingga jam 9 pagi Ahad.

Pasukan penyelamat memindahkan mangsa banjir di Kampung Rampayan, Manggatal, Kota Kinabalu. – Pix/APM

Berikutan itu, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 088-210011 / 088-239681 bagi menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan bencana kepada PKOB.

Beberapa kawasan rendah, termasuk jalan raya khususnya di sekitar Manggatal, Inanam dan Kolombong dilapor dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan pada siang tadi. – Info X