KOTA KINABALU: Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd Ghani memaklumkan laluan yang terputus susulan tanah runtuh di Kilometer 167.9 berhampiran Hutan Simpan Bukit Taviu, semalam, dibuka semula, malam tadi.
Beliau berkata, jalan berkenaan dibuka semula kira-kira jam 9 malam selepas kerja-kerja pembersihan selesai.
“Jalan yang ditutup ekoran insiden bencana tanah runtuh itu kini boleh dilalui semua jenis kenderaan.
“Dalam perkembangan berkaitan, susulan cuaca buruk semalam, sebanyak tujuh kejadian tanah runtuh dilaporkan.
“Empat laporan membabitkan tanah runtuh berskala besar yang sudah dibersihkan dan boleh digunakan semula,”katanya ketika dihubungi, hari ini.
Jumain berkata, tiga lagi kawasan runtuhan pula membabitkan kawasan runtuhan kecil dan akan dibersihkan, pagi ini. – Info X