Search

Lapan lelaki disyaki rogol remaja perempuan ditahan polis

August 23, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Perbuatan terkutuk lapan lelaki termasuk pelajar sekolah yang disyaki merogol seorang pelajar tingkatan tiga, baru-baru ini, memakan diri apabila semua mereka ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, polis membuat serbuan di beberapa rumah di daerah ini.

“Hasil serbuan itu, lapan lelaki berusia 14 hingga 38 tahun ditahan sepasukan polis.

“Semua suspek ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes rogol pelajar perempuan berusia 15 tahun, baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kasim berkata, kes selesai kurang 24 jam sebaik mangsa membuat laporan polis.

“Semua suspek termasuk pelajar sekolah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun keseksaan iaitu rogol berkumpulan,” katanya. – Info X