Search

Lapor segera aktiviti sambungan haram – Sabah Electricity

May 13, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti sambungan elektrik tidak selamat atau mencurigakan untuk melaporkan perkara itu kepada syarikat utiliti berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook Sabah Electricity Careline, syarikat itu mengalu-alukan orang ramai menyalurkan aduan mengenai perbuatan berkenaan melalui saluran rasmi Sabah Electricity untuk tindakan lanjut.

Syarikat berkenaan menyatakan komitmen untuk terus menjalankan operasi pemantauan dan pemeriksaan sambungan haram dari semasa ke semasa demi keselamatan awam serta mengurangkan risiko sambungan elektrik tidak selamat.

“Untuk kemudahan pengguna, aduan dan semakan berkaitan perkhidmatan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi baharu mySE+ yang kini tersedia untuk dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai demi keselamatan bersama,” katanya. – Info X