TUARAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika menangkap ikan di laut Kampung Terayung Muara Dalit, di sini, malam ini.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan terdapat seorang mangsa dikhuatiri hilang di laut, jam 10.19 malam.
“Menurut pemanggil, mangsa telah terjatuh dari bot ketika mangsa menjalankan aktiviti menangkap ikan bersamanya di laut.
“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dalam perjalanan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – Info X