Search

Lelaki ditemui mati selepas pintu rumah berkunci dibuka bomba

June 16, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga ditemui mati dalam sebuah rumah berkunci di Kingfisher Park 2, Lorong Raja Udang, di sini, tengah hari tadi.

Mayat Ho Sui Lo @ Ho Sui Kei, 76, ditemui selepas pintu rumah terbabit dibuka dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas.

Ketua BBP Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.18 tengah hari untuk membantu membuka pintu rumah yang berkunci itu.

“Sebaik pintu berjaya dibuka, seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 1.29 petang. – Info X