KOTA MARUDU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu terbalik di kawasan kebun pisang, Jalan Langkon, Pitas awal pagi tadi.
Mangsa Grandson Poyo, 36, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit pada bahagian pemandu kereta jenis Perodua Myvi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada 1.02 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian mendapat seorang mangsa dalam keadaan tersepit di bahagian pemandu.
“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan 1.42 pagi,” katanya. – Info X