KOTA MARUDU: Lelaki parah selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam dalam gaung di Kampung Melangkap, Jalan Marak-Parak, di sini, hari ini.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.35 petang.
Katanya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dihantar ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, sebuah kereta terbabas masuk ke gaung sedalam kira-kira tiga meter.
“Terdapat seorang mangsa terbabit dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mangsa seterusnya dibawa naik oleh pasukan bomba menggunakan stretcher dan dihantar ke hospital menaiki kenderaan untuk rawatan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada jam 3.36 petang,” katanya. – Info X