KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggariskan Rukun Pertama: Sabah First atau Sabah Diutamakan berkaitan hak negeri dan rakyat Sabah dalam manifestonya.
Perkara pertama dalam rukun itu menggariskan ketegasan GRS dalam usaha meneruskan pelaksanaan segera hak-hak Sabah.
Hak itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).
Kedua, GRS juga menggariskan usaha mendapatkan hak berperlembagaan Pemberian Khas (Special Grant) 40 peratus hasil bersih dikembalikan kepada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.
Menerusi perkara ketiga pula, GRS menegaskan kedaulatan dan mempertahankan keselamatan dan integriti sempadan wilayah negeri ini.
Seterusnya, perkara keempat falam rukun berkenaan, GRS menekankan keperluan untuk memaknai autonomi wilayah yang diberikan kepada Sabah. – Info X