Search

Mayat nelayan asing ditemui terapung

January 26, 2025

Info X Reporters

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tepi Jeti Pangkalan Pasar Umum, di sini, pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam sebelum bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Reamasamy A/L Kuppan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 6.10 pagi.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati mayat lelaku itu terapung di permukaan air, di tepi jeti tempat pemunggahan ikan.

“Siasatan mendapati mangsa berusia 28 tahun, warganegara asing dan bekerja sebagai nelayan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan kianat.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess Of Kent (HDOK) untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. – Info X