TUARAN: Pencarian seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Togot, Kampung Rungus Nahaba, di sini, pagi tengah hari tadi, berakhir apabila mayatnya ditemui, petang tadi.
Mayat remaja berusia 13 tahun itu ditemui oleh penduduk kampung di sekitar mangsa dilaporkan lemas.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, tindakan pasukan bomba membawa keluar mangsa dari kawasan sungai ke kawasan kampung menggunakan stretcher.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi ditamatkan pada jam 5.15 petang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sebelum ini, mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Togot, Kampung Rungus Nahaba, di sini, tengah hari tadi.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran yang menerima panggilan jam 1.13 tengah hari kemudian bergegas ke lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). – Info X