SANDAKAN: Mayat seorang wanita ditemui sepasukan bomba dalam sebuah rumah terkunci dalam kejadian di Taman Sri Rimba, Batu 7, di sini, hari ini.
Mayat mangsa berusia 55 tahun yang sudah mula membengkak ditemui dalam rumah sebaik pintu berjaya dibuka oleh pasukan bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 12.53 tengah hari
Katanya, sepasukan bonba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Alan Ayuh tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Sebaik tiba di lokasi, operasi membuka pintu rumah terkunci menggunakan peralatan khas (Rescue Tools) dan pintu berjaya dibuka.
“Anggota bomba menemui seorang wanita dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada jam 1.40 tengah hari,” katanya. – Info X