KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM), pagi esok.
Pelaksanaan pengujian siren (SAATNM) akan dilaksanakan di Pejabat Kastam, Kudat bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.
MetMalaysia menerusi kenyataan rasmi di Facebook petang tadi menasihati penduduk di kawasan sekitar supaya tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.
“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya. – Info X