LABUAN: Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Mohd Hamizi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Labuan, yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Ahamd Jawila, yang bertukar ke Asisten Komisioner Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Kontinjen Sabah.
Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Bancolasi IPD Labuan, disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.
Ahmad menjawat Ketua Polis Daerah Labuan selama dua tahun tiga bulan sejak 12 April 2021 dan akan bertukar ke jawatan Asisten Komisioner Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Kontinjen Sabah.
Hamizi yang sebelum ini sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan dinaikkan pangkat sebagai Superintendan dan akan menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Labuan baharu.
Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asistant Azmi Abd Rahim, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Sabah Senior Asistant Mohd Azhar Hamin dan Timbalan Ketua Cawangan Khas ( Risikan/Operasi ) Sabah Asistant Komisioner Abd Rahman Ishak. – Info X