Search

Muhamad Hamizan Aqil meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika mandi sungai

May 14, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Kanak-kanak lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri ketika mandi di sungai berhampiran Kampung Dombung, Jalan Rampayan, Manggatal, di sini, petang tadi disahkan meninggal dunia.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Hamizan Aqil Ahmad, 10 dan disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam tadi.

Terdahulu, mangsa dikatakan mandi bersama beberapa rakannya sebelum dipercayai lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.51 petang.

Katanya, setibanya di lokasi terdapat dua mangsa dipercayai lemas ketika mandi di sungai.

“Seorang mangsa berjaya diselamatkan rakannya, manakala seorang lagi ditemukan pasukan bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota bomba kemudian memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum mangsa diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. – Info X