KOTA KINABALU: Daerah Papar diisytihar kawasan terbaharu dilanda bencana banjir, pagi ini berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Pengisytiharan berkuatkuasa jam 10 pagi ini oleh Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar, Muhammad Mohd Ali.
Katanya, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Papar dibuka bagi memindahkan penduduk yang terjejas.
“Saya selaku Pengerusi JPBD Papapr mengisytiharkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Papar dibuka bermula jam 10 pagi 15 September 2025,” katanya.
Ia berikutan beberapa kawasan di daerah itu dilapor berlaku banjir akibat hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Sehingga kini, empat daerah diisytihar banjir iaitu Beaufort, Penampang, Membakut dan Papar. – Info X