Search

Pekerja ladang jumpa bangkai gajah di Felcra Danum

December 20, 2024

Info X Reporters

LAHAD DATU: Seekor gajah jantan dewasa ditemui mati di kawasan Ladang Felcra Danum, Jalan Silam, di sini semalam.

Bangkai gajah itu ditemui oleh pekerja ladang kira-kira jam 1 tengah hari sebelum melaporkan kepada penolong pengurus ladang berkenaan.

Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Hairulnizam Hasnan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 5.54 petang.

Katanya, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah telah dimaklumkan dan sedang menyiasat punca kematian gajah berkenaan.

“Sebaik menerima maklumat itu, kami menghantar pasukan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan awal.

“Pemeriksaan akan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kematian berpunca daripada sebab semula jadi atau ada eleman lain yang terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kejadian ini menimbulkan kebimbangan terhadap ancaman yang dihadapi oleh populasi gajah Borneo.

“Spesis gajah yang semakin terancam di Sabah.

“Pihak berkuasa meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya. – Info X