Search

Pelancong China lemas di Pulau Memutik

June 22, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang pelancong lelaki warga China maut akibat lemas ketika sedang melakukan aktiviti menyelam di Pulau Mamutik, Pulau Gaya, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, mangsa berusia 25 tahun bersama tujuh individu termasuk jurulatih selam sedang menyelam di sekitar pantai pulau berkenaan.

Sebaik selesai menyelam, mereka kembali ke pantai namun mangsa masih belum kembali ke pantai.

Selepas itu, dua kakitangan di pulau berkenaan membawa mangsa ke pantai dan menberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 4.10 petang.

“Siasatan pegawai penyiasat kes ini mendapati tiada unsur jenayah kerana mangsa dipercayai mati lemas ketika aktiviti menyelam.

“Bedah siasat oleh HQEI akan dibuat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR). – Info X