Search

Penari muda Sabah cemerlang di Kelayakan Dance World Cup 2026 Malaysia

April 1, 2026

Info X Reporters

KUALA LUMPUR: Penari muda dari Sabah mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai anugerah utama dalam Dance World Cup (DWC) Malaysia Qualifier 2026 yang berlangsung pada 28 hingga 29 Mac lalu.

Pasukan dari Yolanda Dance Studio itu berjaya membawa pulang 14 pingat emas, empat pingat perak serta satu anugerah khas, sekali gus membuktikan keupayaan penari dari Sabah bersaing di peringkat kebangsaan.

Anugerah Solo Terbaik dimenangi Ivana Iman Mohammad menerusi persembahan neoklasikal bertajuk “Secret Garden” yang memukau juri dengan teknik kukuh serta interpretasi artistik yang mendalam.

Ivana turut menunjukkan keupayaan luar biasa apabila bertanding dalam empat kategori iaitu Ballet Repertoire, Neoclassical, Ballet in Any Style serta Ballet in Any Style Duo/Trio bersama Tiara Izz Zayani.

Kejayaan itu hasil latihan berterusan di bawah sistem balet antarabangsa seperti Royal Academy of Dance (RAD) dan Cecchetti Ballet Syllabus di Yolanda Dance Studio, selain bimbingan jurulatih berpengalaman iaitu Yolanda, Samsul Malawi dan Dielo.

Selain Ivana, penari lain yang turut mengharumkan nama Sabah ialah Inara Iman Binti Mohammad, Tiara Izz Zayani, Angela Baby Chee Zi Shuang, Chriselle Chen Yung Xuan, Eunice Wong Wan Xin, Shelby Fern Semion, Kaylee Chen Yung Rou, Sabrina Liz Semion, Princexx Baby Chee Zi San, Chiew Wen Jing, Davis Yong Jin Yih, Chloe Chang Wan Ni, Soong Si Lin dan Mohd Aydiel Izzudin.

Pada hari kedua pertandingan, peserta yang tampil ialah Tiara Izz Zayani, Davis Yong Jin Yih dan Jysebell Esther Binti.

Pencapaian ini mencerminkan hasil latihan intensif merangkumi teknik balet klasik, penghayatan seni persembahan, interpretasi muzik serta pengalaman pentas pertandingan.

Dance World Cup Malaysia Qualifier menjadi platform penting dalam melahirkan bakat muda untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa, sekali gus memperkukuh pembangunan seni persembahan.

Kejayaan itu juga menyerlahkan keupayaan dan peningkatan kualiti pendidikan balet di Sabah yang semakin mendapat pengiktirafan di peringkat nasional. – Info X