Search

Penunggang maut dalam kemalangan

April 29, 2024

Info X Reporters

TAWAU: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Jalan Merotai Bombalai, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7.45 malam.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu membabit dua motosikal dan sebuah van, kira-kira jam 7.20 malam.

“Mangsa berusia 21 tahun bersama seorang lagi penunggang motosikal menuju ke Merotai, manakala pemandu van terbabit dari arah Keningau menuju ke bandar Tawau,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi motosikal di laluan yang sama.

Lokasi kemalangan maut di Jalan Merotai Bombalai, Tawau.

Menurutnya, mangsa terjatuh ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh van yang ketika itu sedang melalui kawasan berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Seorang lagi penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Jasmin berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dan kes kes disiasat di mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Info X