SANDAKAN: Kira-kira 500 anak muda dari sekitar daerah ini memeriahkan Program Santai Menyaksikan FIFA World Cup di Bandar Utama IJM, di sini, pada awal pagi Ahad.
Ia bagi perlawanan Kumpulan F, Belanda menentang Sweden bermula jam 1 pagi yang berkesudahan 5-1.
Program anjuran Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu turut dihadiri pemangku Ketua Pemudanya, Datuk Azrul Ibrahim.

“Suasana penuh meriah dengan semangat kesukanan jelas kelihatan apabila para pengunjung bersama-sama menyaksikan perlawanan dalam suasana santai, sekali gus mengeratkan ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan generasi muda,” katanya.
Beliau berkata, program seumpama itu membuktikan Pemuda Gagasan Rakyat terus komited menyediakan platform yang sihat dan inklusif untuk mendekati anak muda serta menyemarakkan semangat perpaduan melalui aktiviti yang diminati masyarakat.

Selain di Sandakan, program berkenaan turut dirancang diadakan di beberapa lokasi lain sepanjang temasya Piala Dunia kali ini. – Info X