Search

PM ke Pulau Banggi untuk lawatan kerja sehari

May 8, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual mengadakan lawatan kerja ke Pulau Banggi, Kudat, esok (Sabtu).

Beliau yang dijadual tiba dengan pesawat khas di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 11 malam ini bakal menghadiri dua program di pulau berkenaan.

Program pertama ialah sesi lawatan ke Pos Dogotan setibanya di Pulau Banggi dengan helikopter khas pada jam 9.20 pagi.

Terdahulu, Perdana Menteri dijadual berlepas ke Pulau Banggi dari Terminal Dua KKIA pada jam 8.20 pagi.

Selesai lawatan di Pos Dogotan, Anwar dijadual menghadiri program kedua iaitu Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di Dewan Terbuka Pekan Baru Banggi pada jam 11 pagi.

Sebelum itu, Perdana Menteri turut melawat SMK Banggi setibanya dari Pos Dogotan dengan helikopter khas di padang sekolah berkenaan pada jam 10.30 pagi.

Program di Pulau Banggi dijadual selesai pada jam 12.30 tengah hari sebelum Perdana Menteri berlepas balik ke Terminal Dua KKIA dan dijangka tiba pada jam 1.35 tengah hari.

Sejurus selepas itu, Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara dengan pesawat khas dan dijadual tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang pada jam 4.05 petang. – Info X