Search

Polis Tawau lupus 5,818 barang kes

April 6, 2023

admin

TAWAU: Polis Tawau melupuskan 5,818 barang kes termasuk 5,000 bungkus rokok seludup dan 602 unit mesin bitcoin membabitkan 188 kertas siasatan yang sudah diselesaikan.

Turut dimusnahkan termasuk 100 unit telefon bimbit dan mobile printer, (2) unit bateri kereta, (7) bilah parang, (1) set komputer meja, (12) helai baju, (12) helai seluar panjang, (2) buah penyapu dan (80) kotak bunga api jenis pop pop.

Semua barang kes itu pelupusan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, kelmarin.

Jasmin bersama pegawai kanan polis memeriksa barangan telefon dan mobile printer yang akan dilupuskan. – Foto PDRM

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, barang-barang kes yang dilupuskan itu membabitkan kertas siasatan dari 2021 hingga 2023 selepas mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan.

“Sejumlah tujuh kertas siasatan yang disiasat mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, (50) kertas siasatan yang disiasat mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan (110) kertas siasatan yang disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

“Selain itu, sebanyak 21 kertas siasatan yang disiasat mengikut kesalahan Jenayah Am yang mana barang kes berkenaan dilupuskan dengan arahan mahkamah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jasmin (tengah) memeriksa barangan kes yang akan dilupuskan di perkarangan IPD Tawau, kelmarin. – Foto PDRM

Jasmin berkata, semua kes ini sudah selesai jatuh hukuman dan mendapat arahan pelupusan daripada mahkamah.

“Semua barang kes ini dilupuskan dengan kaedah potong, bakar dan tanam dalam tanah,” katanya. – Info X