Search

PPM tahan 2 lelaki rampas rokok seludup bernilai RM200,000

October 9, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki dan merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM200,000 dalam empat serbuan berasingan di Sandakan, semalam.

Tangkapan suspek berusia 38 dan 26 tahun dan semua rokok seludup berkenaan dirampas dalam Op Taring Gelora Khas PPM Sandakan, bermula jam 3.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Semua rokok berkenaan ditemukan dalam tiga kenderaan di Kampung Pampang, Jalan Sungai Batang, Batu 10, dan tiga lagi di kawasan Batu 8.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan RM236,015.

Rokok seludup yang dirampas dalam Ops Taring Gelora Khas di Sandakan. – Foto/PPM

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

Katanya, suspek berusia 38 dan 26 tahun dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut. – Info X