Search

Ribuan penduduk Kota Kinabalu sambut kedatangan YDP Agong

September 6, 2023

Willie Jude

KOTA KINABALU: Ribuan penduduk, di sini, berkumpul di tepi beberapa laluan menuju ke pusat bandar raya bagi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan (YDP) Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, putera dan puterinya serta rombongan lain tiba di Kota Kinabalu, hari ini.

Para penduduk mula berkumpul di tepi beberapa laluan ke pusat bandar raya termasuk di jalan Tanjung Lipat, hadapan Komplek Suria Sabah dan hadapan pusat beli-belah Center Point.

Orang ramai berkumpul di tepi jalan berhadapan Center Point.

Tinjaun Info X mendapati, orang ramai termasuk kanak-kanak dan warga emas sangat teruja untuk melihat YDP Agong dan Raja Permaisuri dengan mata sendiri.

Suasana juga begitu gamat dan meriah sebaik rombongan baginda melalui laluan tempat mereka berkumpul.

Malah baginda bersama rombongan juga tidak keberatan untuk memperlahankan kenderaan dan membuka tingkap sambil melambai-lambai ke arah orang ramai.

YDP AGONG dan Raja Permaisuri Agong tidak memperlahankan kenderaan sambil melambai kepada orang ramai.

Kembara Kenali Borneo itu menjelajah lebih 2,149 kilometer melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, bermula sejak 3 hingga 13 September ini.

Baginda sebelum juga telah melawat beberapa daerah di Pantai Timur Sabah dan Ranau, seterusnya esok di Penampang. – Info X