Search

Rumah, 3 jet ski dan 5 enjin bot musnah terbakar

March 11, 2024

Info X Reporters

PUTATAN: Sebuah rumah dan tiga jet ski musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu turut memusnahkan lika enjin enjin bot.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.18 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Laporan awal mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat terbakar sepenuhnya.

“Turut musnah terbakar, tiga buah jet ski dan lima enjin bot,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

3 buah jet ski musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, Putatan.

Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan satu aliran dengan dua pancutan menggunakan sumber air dari jentera dan water tanker.

“Operasi terkawal pada jam 3.36 petang dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – Info X