Search

Rupanya pekerja curi…

March 16, 2023

admin

TAWAU: Rasa pelik ‘tauke’ emas selepas wang hasil jualan harian emas berkurangan akhirnya terjawab apabila pekerjanya sendiri yang mencuri wang berkenaan.

Pekerja wanita berusia 16 tahun ditahan sepasukan polis dari Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Tawau di kawasan Kampung Titingan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian itu disedari oleh suami mangsa melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premisnya.

Katanya, melalui rakamn CCTV itu mendapati seorang pekerjanya mengambil wang hasil jualan harian emas di kedai berkenaan.

“Bertindak atas risikan dan maklumat awam, polis dari RCJ Balai Polis Tawau menahan suspek terbabit.

“Hasil semakan polis mendapati suspek wanita berusia 16 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Kessksan kerana mencuri dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun termasuk denda. – Info X