KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor memaklumkan kerajaan negeri bakal meminta kerajaan persekutuan agar tidak menangguhkan semua projek belum dimulakan di Sabah.
“Isu ini saya baru dimaklumkan hari ini. Kerajaan negeri setakat ini belum menerima sebarang makluman rasmi.
“Bagaimanapun, saya memberi jaminan bahawa kita akan sedaya upaya untuk merayu semula kepada kerajaan persekutuan sekira perkara ini berlaku.
“Kita selalu menyatakan bahawa peruntukan yang diberikan kepada Sabah tidak mencukupi.
“Sudahlah tidak cukup dan mereka pula mahu menarik balik atau tangguh, perkara ini saya lihat kurang bersesuaian untuk negeru ini,” katanya dalam sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 16, di sini, hari ini.
Hajiji berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (BN-Usukan) berkaitan keputusan kerajaan Pusat yang akan menangguhkan atau membatalkan semua projek yang belum dimulakan. – Info X