KOTA KINABALU: Beberapa pemilik kenderaan tidak dapat membayar parking menggunakan aplikasi Sabah Smart Parking ketika melakukan urusan bayaran di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini pada pagi Selasa.
Lebih menghairankan, tertera mesej ‘janggal’ di aplikasi untuk membayar parking untuk kawasan letak kereta dikendalikan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu apabila ia dibuka.
Antaranya mesej ‘hacked by manusia spiritual’ dan ‘hacked manusia spritual’ di ruangan yang biasanya untuk info pengguna aplikasi berkenaan.
Situasi itu membimbangkan pengguna berikutan kemungkinan aplikasi yang dipercayai digodam itu boleh menjejaskan maklumat penting dalam telefon pintar mereka, terutama berkaitan perbankan dan maklumat peribadi lain.
Mereka meminta DBKK atau penyedia aplikasi supaya memberi penjelasan berhubung situasi itu kerana ia membabitkan aspek keselamatan siber dan data pengguna. – Info X