PUTATAN: Penghuni sebuah rumah di Kampung Ketiau, di sini, dikejutkan dengan kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ seekor buaya sepanjang dua meter di depan rumah mereka, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, penghuni mulanya menganggap haiwan yang memasuki kawasan rumahnya adalah seekor biawak.
Namun selepas didekat haiwan itu adalah buaya sebelum bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu.

Difahamkan, buaya berkenaan dipercayai dari sungai yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah pengadu.
Ketua Operasi APM Kota Kinabalu, SM (PA) Safaruddin Rusline berkata, sepasukan APM Kota Kinabalu termasuk Pasukan Bermotosikal dan APM Putatan dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 10.38 malam.
“Setiba di lokasi, didapati reptilia itu berada dalam kawasan rumah pengadu.
“Selepas 15 minit, akhirnya buaya seberat 35 kilogram berjaya ditangkap dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, reptilia berkenaan kemudian dibawa ke Pejabat APM Kota Kinabalu dan akan diserakan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah. – Info X