Search

SAR lelaki dikhuatiri lemas di Putatan bersambung pagi ini

March 27, 2023

admin

PUTATAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas cuba menyelamatkan anaknya berusia lima tahun yang terjatuh bersama kenderaan milik mereka di Sungai Kampung Inbaan, di sini, petang semalam, bersambung hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi SAR mangsa bermula pada jam 6 pagi tadi dengan disertai agensi keselamatan lain.

Katanya, pasukan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan K9 turut dikerahkan ke lokasi untuk menjalakan SAR.

“PPDA Bomba juga menggunakan bot di sekitar lokasi dan memantau keadaan air sungai untuk melakukan selaman, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Lasibi Lawahidu, 40-an, dikatakan terjun ke dalam sungai terbabit selepas kereta jenis Perodua Myvi yang ketika itu dinaiki anaknya Mushab Umair Lasibi, 5, secara tiba-tiba bergerak lalu terjatuh ke dalam sungai. – Info X