Search

Sederet kuarters MPS menempatkan 24 pintu musnah terbakar

September 19, 2023

Info X Reporters

SANDAKAN: Sederet 24 pintu kuarters Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Jalan Batu 1 ½, di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.17 tengah hari.

Katanya, seramai 18 pegawai dan anggota bersama dua jentera digerakkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran membabitkan satu deret rumah dua tingkat menempatkan 24 pintu jenis kekal terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan dua aliran dengan empat pancutan dari tangki jentera untuk mengawam dan memadam kebakaran daripada merebak,” katanya ketika dihubungi.

Sederet pintu kuarters MPS di Jalan Batu 1 ½, Sandakan musnah terbakar. – Foto/Bomba

Menurutnya, pasukan bomba berjaya menyelamatkan 12 pintu rumah di tingkat satu.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi terkawal pada 1.41 tengah hari ini.

“Operasi tamat pada 2.39 petang. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), MPS dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). – Info X