KOTA KINABALU: Semua mesin permainan di pesta ria atau funfair wajib membuat pemeriksaan mesin secara berkala yang telah ditetapkan dan diperiksa oleh orang yang kompeten.
Nasrul SA yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia ‘inspection’ berkata, jika mesin yang diperiksa tiada sebarang masalah, ‘Certificate of Fitness’ akan di keluarkan pihak berwajib dan sentiasa diperbaharui setiap 15 Bulan.
Katanya, yang mengawal selia keselamatan dan mengeluarkan garis panduan berkenaan Taman Hiburan adalah pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
“Antara garis panduan yang dititik beratkan ialah Memastikan reka bentuk selamat bila digunakan selain memastikan peralatan mainan tersebut dibina mengikut reka bentuk yang selamat.
“Kita semua tahu, ada di antara mesin permainan berkenaan sudah lama digunakan lebih dari sedekad dan pemilik mesin terbabit wajib untuk membuat pemeriksaan mesin secara berkala yang telah di tetapkan dan diperiksa oleh orang yang kompeten.
“Jika tiada sebarang masalah -Certificate of Fitness’ akan dikeluarkan pihak berwajib dan sentiasa diperbaharui setiap 15 Bulan jika tergolong kategori 1 dalam garis panduan DOSH.
“Ride Sotong atau Sotong-Sotong itu dalam kategori 1…boleh rujuk garis panduan dari DOSH,” katanya kepada Info X.
Nasrul berkata, antara pemeriksaan dilakukan ialah pemeriksaan secara visual yang wajib dilengkapkan dengan Ujian bahan bukan musnah (NDT) untuk memerhati kecacatan dengan lebih jelas.
“Pemeriksaan juga perlu dilakukan berdasarkan perubahan struktur utama binaan seperti karat atau kereputan jika menggunakan kayu selan kawasan yang kritikal seperti ‘welding’, ‘bolt’ dan ‘nut’, pin dan sebarang sambungan.
“Pemeriksaan eletrik juga perlu jika ada sebarang modifikasi, kecacatan dan kemerosotan disebabkan penggunaan yang telah lama,” katanya.
Sementara itu, Nasrul berkata, sebelum menaiki mesin permainan di taman hiburan atau funfair, orang ramai atau pengunjung sendiri boleh melihat sekitar peralatan berkenaan.
“Kamu sendiri boleh melihatnya sebab karat pun kamu kenal kan.
“Kes ini amat serius sebab telah melibatkan kecederaan parah, tapi dalam masa yang sama meningkatkan ekonomi sekitar dan peluang pekerjaan dalam negeri kita,” katanya.
Terdahulu, dua individu cedera selepas terjatuh dari salah satu permainan di pesta ria atau funfair berhampiran Kompleks Sukan Likas, di sini.
Dua mangsa lelaki dan wanita dewasa itu dipercayai terjatuh dari permainan ‘sotong ride’ ketika sedang bergerak.
Beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu turut tular di laman sosial, sejak semalam. – Info X