Search

SPRM tahan pemilik syarikat kemuka tuntutan palsu RM18,000

October 21, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan set pembekalan peralatan penyelaman berjumlah hampir RM18,000, malam tadi.

Pemilik syarikat berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Menurut sumber, suspek lelaki dipercayai membuat tuntutan palsu berkaitan set pembekalan peralatan penyelaman pada 2019.

“Jumlah tuntutan kira-kira RM18,000, sedangkan tiada pembekalan dibuat kepada sebuah lembaga pemegang amanah di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Info X