LAHAD DATU: Suspek kes bunuh membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap lelaki warga Indonesia Paulus Poka Lolo, 33, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr.
Ryan kemudian memerintahkan supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang untuk pemeriksaan mental sehingga sebutan semula kes itu pada 1 November depan.
Paulus dituduh membunuh kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terbabit pada 24 September lalu, kira-kira jam 7 pagi, di perumahan pekerja, Felda Sahabat 30, di sini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Info X