Search

PPM rampas minuman keras bernilai hampir RM600,000 dalam Op Kontraban

BEAUFORT: Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan sindiket penyeludupan selepas menahan empat lelaki dan merampas 1,758 karton dan botol minuman keras serta tiga lori bernilai hampir RM600,000. Semua tangkapan lelaki tempatan berusia 33 hingga 39 tahun itu dijalankan sepasukan PPM dari Markas PPM Wilayah Empat Sabah Kota Kinabalu, dalam Op Kontraban di jeti tepi sungai […]

3 RUMAH TERBAKAR DI BEAUFORT

BEAUFORT: Tiga rumah di Kampung Rancangan Klias, di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini. Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohamad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.27 petang. Katanya, susulan laporan itu, seramai 12 pegawai dan anggota […]

OPERASI DITAMATKAN, JUDE ANGEL MASIH GAGAL DIKESAN

BEAUFORT: Selepas tujuh hari, operasi pencarian adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, Batu 66, di sini, sejak Sabtu lalu, ditamatkan petang tadi. Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, perkara berkenaan sudah dibincangkan antara pasukan operasi bomba dan pihak polis. Bagaimanapun katanya, walaupun […]

KEHILANGAN JUDE ANGEL TIADA UNSUR PENCULIKAN

BEAUFORT: Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, kehilangan adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, Batu 66, sejak Sabtu lalu tiada kaitan dengan unsur penculikan. “Polis sudah menjalankan siasatan menyeluruh sejak hari pertama menerima laporan kehilangan kanak-kanak berkenaan. “Ia termasuklah mengambil keterangan daripada ibu bapa […]

FIRASAT SAYA KUAT DIA MASIH ADA, KATA BAPA JUDE ANGEL

BEAUFORT: Bapa kepada Jude Angel yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, Batu 66, dekat sini, sejak Sabtu lalu, masih yakin anak perempuannya itu masih ada. Jeremy Sundang, 39, berkata, dirinya gagal menahan sebak apabila mengenangkan nasib anak perempuannya namun masih menaruh harapan besar Angel masih hidup sehingga ke hari ini. “Walaupun dimaklumkan operasi mencari dan […]

KEHILANGAN JUDE ANGEL TERUS MISTERI, NETIZEN TIDAK PUTUS BERDOA UNTUKNYA

KOTA KINABALU: Kehilangan adik Jude Angel Jeremy yang berusia 18 bulan di Kampung Saliwangan Baru, Batu 66, di Beaufort, sejak Sabtu lalu, terus menjadi misteri apabila masih gagal ditemui hingga kini. Operari pencarian yang masuk hari kelima, hari ini, juga masih belum menemui kelibat Jude Angel dengan operasi ditangguhkan pada jam 5.30 petang tadi. Jurucakap […]

OPERASI MENCARI ADIK JUDE ANGEL MASUK HARI KELIMA

BEAUFORT: Usaha mencari adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Saliwangan Baru, di sini, masuk hari kelima, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, operasi yang bermula jam 9.21 pagi itu akan dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot. Katanya, pencarian di kawasan belukar serta ladang kelapa […]

MASUK HARI KEEMPAT, ADIK JUDE ANGLE MASIH GAGAL DITEMUI

BEAUFORT: Adik Jude Angle Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, di sini, sejak Sabtu lalu, sehingga kini masih gagal ditemui. Hari ini masuk hari keempat pencarian dilakukan namun pasukan penyelamat masih berdepan jalan buntu untuk menemui kanak-kanak perempuan terbabit. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, […]

KANAK-KANAK 3 TAHUN DITEMUI MATI DALAM PARIT

BEAUFORT: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang, di Kampung Kuridak Gadong, di sini ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam parit, pagi tadi. Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Qays Izhar Abd Halim ditemui pasukan operasi pada jam 10.23 pagi tadi, kira-kira 70 meter dari kawasan dia dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi […]

LELAKI LEMAS KETIKA MEMUKAT IKAN

BEAUFORT: Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang ketika memukat ikan di pesisir Pantai Sawangan, Kuala Penyu, di sini, ditemui mati lemas pagi tadi. Mayat Andreson Nujib, 36, ditemui pasukan bomba dan orang kampung yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai Sawangan pada jam 6.35 pagi. Difahamkan, mangsa keluar memukat ikan di pesisir pantai […]