Search

DICEKUP KETIKA TUNGGU PELANGGAN BELI DADAH

BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menjual dadah di perkarangan sebuah rumah di Kampung Limbawang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai buruh turut dikatakan cuba melarikan diri ketika serbuan namun berjaya diberkas selepas itu. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan […]

BANJIR SABAH MAKIN PULIH, 707 MANGSA MASIH DI TUJUH PPS

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir bagi daerah Beaufort dan Tenom menurun pagi ini kepada 707 orang berbanding 1,435 mangsa semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan semua mangsa berkenaan daripada 323 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir sejak Isnin lalu dansemua mangsa banjir di dua daerah terbabit kini masih ditempatkan di […]

SERAMAI 1,958 MANGSA BANJIR DI TENOM, BEAUFORT SETAKAT PAGI INI

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda daerah Tenom dan Beaufort kini seramai 1,958 orang, setakat jam 8 pagi ini. Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah mangsa di Tenom ialah seramai 1,608 orang membabitkan 638 keluarga manakala di Beaufort seramai 350 orang membabit 95 keluarga. […]

24 SEKOLAH DITUTUP, 4,526 MURID TERJEJAS AKIBAT BANJIR

KOTA KINABALU: Jumlah sekolah yang terkesan akibat banjir di Sabah terus meningkat apabila sebanyak 24 buah sekolah terpaksa ditutup buat sementara waktu. Pengarah Pendidikan negeri, Mistrine Radin berkata, penutupan sekolah itu membabitkan 17 buah di Beaufort dan tujuh buah di Tenom “Jumlah murid yang terjejas akibat penutupan sekolah itu ialah seramai 4,526 orang manakala jumlah […]

TERKILAN BARANGAN KEPERLUAN AIDILFITRI MUSNAH AKIBAT BANJIR

BEAUFORT: “Sebagai ibu, sudah tentu saya sedih semua barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri musnah akibat banjir. “Tetapi saya bersyukur dapat menyelamatkan diri bersama empat orang anak ke pusat pemindahan sementara ini,” kata salah seorang mangsa banjir, Normin Nordin, 31. Berasal dari Kampung Bakalau, Normin berkata, perasaan sedih pastinya ada kerana baru sahaja menyambut kedatangan Syawal […]

POLIS TEMBAK KERETA PENJENAYAH

BEAUFORT: Tindakan dua penjenayah yang cuba merempuh anggota polis menyebabkan beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar kereta dinaiki mereka dalam kejadian di Kampung Limbawang, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika pemerhatian dijalankan sepasukan polis di sebuah rumah tidak bernombor […]

36 KAMPUNG DI BEAUFORT DILANDA BANJIR

BEAUFORT: Sebanyak 36 buah kampung di sekitar daerah ini dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Padas yang melepasi paras bahaya, hari ini. Limpahan air sungai terbabit berlaku susulan hujan berterusan di kawasan hulu khususnya di daerah pedalaman sejak beberapa hari lalu. Kampung yang terlibat ialah Batu 58, Batu 60, Batu 65, Jempangah, Binunuk, Balibata, Kuarters […]

LAPAN SEKOLAH DILANDA BANJIR, 2,425 MURID TERJEJAS

KOTA KINABALU: Sebanyak lapan buah sekolah di Sabah membabitkan 2,425 murid dan 204 guru terjejas akibat banjir yang berlaku sejak semalam. Pengarah Pendidikan Sabah, Mistrine Radin berkata, sekolah yang terbabit ialah di daerah Tenom, Beaufort dan Penampang. Katanya, kesemua murid dan guru yang terlibat akan menjalani pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR) sehingga kerja-kerja pembersihan […]