Anggota Maritim Malaysia didenda RM5,000 kerana minta rasuah

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas dia mengaku bersalah meminta suapan daripada seorang pemilik kapal yang ditahannya di perairan Sepanggar, di sini, pada 2021. Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara enam bulan jika tertuduh gagal membayar […]
Warga asing miliki MyKad palsu dipenjara 24 bulan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki MyKad palsu. Tertuduh, Mohamad Adzlan Said, 42, mengaku bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun. Mengikut pertuduhan, Mohamad Adzlan ditahan ketika Operasi Terancang Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran […]
Lelaki didakwa beri rasuah polis RM650

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini, atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai kanan polis sebanyak RM650 pada 19 Jun 2022. Tertuduh, Ghani Ahmad, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba merasuah pegawai kanan polis berpangkat […]
Sebutan semula kes wanita bunuh pemandu e-Hailing 8 Mei

TAWAU: Mahkamah Majistret, di sini, menetapkan 8 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang wanita yang dituduh membunuh pemandu e-Hailing pada 13 Januari lalu. Pihak Pendakwaan, hari ini, memohon agar kes itu ditangguh bagi melengkapkan semua dokumen selain masih menunggu laporan kimia serta laporan pakar sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Permohonan tarikh sebutan […]
GURU AGAMA DIDAKWA LAKUKAN AMANG SEKSUAL

KOTA KINABALU: Seorang guru di sebuah pusat pendidikan Islam, di sini, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang murid perempuan berusia 11 tahun. Tertuduh Mohd Zakri Amirsah, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan. […]
TIDAK MENGAKU SALAH MILIKI PISTOL TIRUAN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang memiliki 15 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah pecah rumah, curi dan dadah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini atas pertuduhan memiliki senjata api tiruan. Tertuduh, Jaccqres Kadau, 51, berasal dari Kampung Bingkor, Keningau membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie. Mengikut pertuduhan, pada 1.30 […]
WANITA TIDAK MENGAKU SALAH GUNA DOKUMEN PALSU POHON PROJEK

KOTA KINABALU: Seorang bekas pemilik syarikat mengaku tidak bersalah menggunakan dokumen palsu bagi memohon pembiayaan projek pembersihan bernilai RM150,000 pada 2014 ketika dihadapkan di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Tertuduh, Sarah Diana Michele Durai, 44, berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun […]
PEMANDU MABUK DIPENJARA 2 TAHUN, DENDA RM10,000

LABUAN: Seorang lelaki tempatan dipenjara dua tahun dan denda RM10,000 atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Labuan, di sini, semalam. Tertuduh berumur 24 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan Tahun 2020 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan 50mg dalam 100ml […]
MAHKAMAH BENAR TANGGUH PERBICARAAN KES GANGGUAN SEKSUAL KAITKAN EBIT LEW

TENOM: Permohonan pembelaan meminta perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew ditangguhkan ke satu tarikh baharu dibenarkan Mahkamah Majistret Tenom hari ini. Majistret Nur Asyraf Zolhani memaklumkan perbicaraan bakal berlangsung pada 11 sehingga 12 Mei depan. Penangguhan berkenaan adalah bagi membolehkan pihak pembelaan membuat semakan dokumen berkaitan 90 imej lucah di Mahkamah Tinggi […]
SAMBUNGAN PERBICARAAN KES EBIT LEW DITANGGUHKAN

TENOM: Prosiding mahkamah membabitkan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang sepatutnya berlangsung jam 2 petang hari ini ditangguhkan esok. Penangguhan terbabit ialah bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan hujahan ringkas melibatkan penggunaan pemacu kilat yang mengandungi 90 gambar berunsur lucah sebagai bahan bukti. Difahamkan prosiding kes terbabit akan diteruskan pada jam 10.30 pagi […]