Search

Pengurus syarikat mengaku salah kemuka dokumen palsu

LABUAN: Seorang pengurus syarikat mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu dengan niat menipu Jabatan Imigresen Labuan bagi mendapatkan bayaran tuntutan sebanyak RM850 yang didakwa dilakukannya pada 19 Mac 2018. Tertuduh, Benjamin Talah, 51, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Jason Juga ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Wilayah Persekutuan Labuan, di sini, hari ini. Beliau […]

4 termasuk seorang wanita dipenjara sehari, denda RM11,000 kerana memandu mabuk

KOTA KINABALU: Empat individu termasuk seorang wanita masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM11,000 selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Tertuduh Tan Kui Siong, 35; Kenneth Teo Yen Phong, 39; Avie Chew Yan Ping, 31 dan Yap Chee Chung, 36 membuat pengakuan itu […]

Perbicaraan Ebit Lew : 436 gambar dalam telefon bimbit

TENOM: Saksi ketujuh perbicaraan kes membabitkan pendakwah Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret, di sini, bahawa sebanyak 436 keping gambar telah diperoleh daripada sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 berkaitan kes itu yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata selain gambar terbabit, […]

Bersubahat lepaskan PTI: 2 pegawai imigresen mengaku tidak bersalah

TAWAU: Dua pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini atas pertuduhan rasuah dan bersubahat kerana melepaskan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan MyKad individu lain bagi memudahkan perjalanan keluar dari Sabah ke Semenanjung Malaysia, pada dua bulan lalu. Kedua-dua tertuduh Rosmaini Sapar, 40, dan Elmin Salleh, 30, […]

Lelaki dipenjara 30 bulan kerana curi kabel

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap seorang lelaki tanpa dokumen yang sah selepas dia mengaku bersalah mencuri kabel. Tertuduh yang dikenali sebagai Mustamil Amil, 30, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun. Dia dituduh mencuri kabel milik Telekom Malaysia Bhd bernilai RM7,500 di lokasi berdekatan Klinik Kesihatan […]

Lelaki tikam isteri sampai mati didakwa di mahkamah

KOTA KINABALU: Lelaki warga Indonesia yang ditahan kerana disyaki menikam isterinya hingga mati, di pasar sayur Kepayan, di sini, baru-baru ini, didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Jedu Rudu, 42, dituduh membunuh Suria Woade, 42, yang juga warga Indonesia pada 8 April, di pasar berkenaan, di Jalan Pahlawan, dekat sini, antara jam […]

Kes bunuh pemandu e-hailing, seorang lagi anggota polis dituduh di mahkamah

TAWAU: Seorang anggota polis yang sebelum ini dijadikan saksi berhubung kes bunuh membabitkan seorang pemandu e-hailing di Tawau pada Januari lalu, hari ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan bunuh bagi kes sama. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada John Kennedy Sanggah, 44, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus […]

Pesara tentera mengaku tidak bersalah terima rasuah RM15,000

KOTA KINABALU: Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM15,000 sebagai ganjaran untuk mengeluarkan surat tawaran kerja pembersihan Kem 5 Briged, di sini, pada 2014. Tertuduh, Azman Ariffin, 62, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Jason Juga ketika selepas pertuduhan dibacakan kepadanya, hari ini. […]

Proses isi jawatan ditinggalkan anggota ESSCOM hadapi tuduhan mahkamah masih berjalan – Acryl

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, proses bagi mengisi jawatan ditinggalkan pegawai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang sebelum ini dituduh di mahkamah masih sedang berjalan. Katanya, beberapa jawatan yang kosong berkenaan telahpun diisi dan pihaknya juga sedang mengenal pasti pegawai dan anggota yang sesuai bagi mengisi […]

Lans Koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,500

SANDAKAN: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM3,500 pada 21 Jun 2021. Mohd Razif Hashim, 30, yang berpangkat Lans Koperal membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibaca terhadapnya. Mengikut pertuduhan, dia disyaki secara rasuah […]