Search

Gagal lapor tukar nakhoda, bot tunda ditahan

LABUAN: Sebuah bot tunda ditahan Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana gagal melaporkan pertukaran nakhoda di kedudukan 0.4 batu nautika selatan Pulau Papan, di sini, semalam. Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Mohd Hafiz Abd Mutalib berkata, peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Ops Sejahtera, Ops Kuda Laut dan Op Tiris […]

Anggota Maritim Malaysia didenda RM5,000 kerana minta rasuah

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas dia mengaku bersalah meminta suapan daripada seorang pemilik kapal yang ditahannya di perairan Sepanggar, di sini, pada 2021. Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara enam bulan jika tertuduh gagal membayar […]

BOT CUBA MENYUSUP KELUAR KE NEGARA JIRAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

SANDAKAN: Sebuah bot yang dipercayai cuba menyusup keluar ke negara jiran secara haram ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di Pulau Berhala, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, seramai 35 individu termasuk 15 warga tempatan yang berada di dalam bot berkenaan turut ditahan. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd […]

MARITIM MALAYSIA TAHAN 2 JURAGAN, 5 PATI

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua juragan tempatan bersama lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam dua kejadian berasingan di perairan daerah ini, semalam. Kedua-dua juragan berusia 19 dan 66 tahun yang mengemudi bot jenis penumpang dan jongkong ditahan anggota Maritim Malaysia Zon Tawau ketika menjalankan Ops Pluto Timur dan Ops Sejahtera. […]

ROKOK SELUDUP DALAM GUNI BERISI PISANG

TAWAU: Cubaan penyeludup untuk mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyembunyikan rokok dalam guni berisi pisang tidak bejaya apabila dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), awal pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, berdasarkan maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan rokok tidak bercukai di Jeti CIQ, di sin, sebuah bot peronda Maritim […]

COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG TONJOL PERANAN MARITIM MALAYSIA

KOTA KINABALU: Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara semalam adalah sebuah filem aksi tempatan yang berkisar mengenai peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Menarik, mendebarkan dan membanggakan, itu antara reaksi  terhadap filem berkenaan selepas dipertontonkan kepada media bersama pegawai dan anggota Maritim Malaysia di GSC 1Borneo, di […]

MARITIM TAWAU RAMPAS 32 KILOGRAM SYABU BERNILAI RM1.76 JUTA

TAWAU: Lebih 32 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.76 juta dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau dalam siri operasi di perairan Inderasabah, di sini, semalam. Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan bergerak dalam keadaan gelap […]

LAGI CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK BERSUBSIDI GAGAL

SEMPORNA: Satu lagi cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di perairan ini, pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, bot peronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran yang bergerak dalam keadaan mencurigakan di lokasi 0.5 batu nautika utara Pulau Kulapuan, […]

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN
EDAR SYABU BERNILAI RM50,000

LABUAN: Sebanyak 900 gram syabu dianggarkan bernilai RM50,000 berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam penahanan membabitkan sebuah bot gentian di perairan Menumbok, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, syabu yang dipercayai cuba diedarkan itu dibungkus di dalam bungkusan teh cina. Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin […]

305 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI CUBA DISELUDUP KELUAR DIRAMPAS

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas sebanyak 305 paket minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup keluar dalam serbuan di Sungai Besar Tanjung Aru, di sini, kelmarin. Dalam operasi jam 12.20 tengah hari itu, semua minyak masak berkenaan ditemui disembunyikan di dalam sebuah bot yang berdaftar atas lesen perikanan. Pengarah Zon Maritim Sandakan, […]