Search

Panggilan tidak bebalas, rupanya sudah meninggal dunia

KOTA KINABALU: Panggilan tidak berbalas akhirnya terjawab dengan penemuan mayat hampir reput di rumah kuarters sebuah agensi kerajaan di Jalan Sulaman, di sini, Isnin lalu. Mayat lelaki warga emas berusia 66 tahun itu ditemui sebaik anak saudaranya yang bertugas di luar kawasan sejak lima hari lalu terhidu bau busuk ketika pulang ke rumah berkenaan. Ketua […]

Pendaki meninggal dunia di Gunung Kinabalu selepas sesak nafas

RANAU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika menuruni Gunung Kinabalu bersama isterinya, di sini, awal pagi semalam. Mangsa Alexander Kueh Chek Boo, 46, berasal dari Kuching, Sarawak, disahkan meninggal oleh pasukan perubatan sejurus tiba di Timpohon Gate selepas sebelum itu dia tidak sedarkan diri ketika berada di kilometer 2. Ketua Polis Daerah […]

Warga emas ditemui mati dalam rumah berkunci

TAWAU: Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam sebuah rumah berkunci, di Kampung Tanjung Batu Tengah, di sini, pagi tadi. Mangsa yang dikenali sebagai Indoktang berusia lingkungan 70-an ditemui meninggal dunia oleh pasukan bomba yang dipanggil untuk membuka pintu rumah berkenaan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, […]

Abang Stacy meninggal dunia

KOTA KINABALU: Bekas peserta Mentor musim ketiga yang juga abang kepada penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq, 35, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak jam 3.20 pagi, hari ini. Chaq sebelum ini dilaporkan dirawat di hospital berkenaan kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu. Pemergian Chaq atau nama […]

Bekas pemain Sabah Bobby Chua meninggal dunia

KOTA KINABALU: Bekas pemain bola sepak Sabah dan Sarawak, Bobby Chua meninggal dunia pada jam 2.25 petang tadi. Perkara itu turut disahkan isterinya, Zafidah Yaakub, menerusi satu hantaran di Facebook. “Assalamualaikum, suami saya (Zafidah Yaakub) yang tercinta, Bobby Chua Abdullah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 2.25 petang tadi. “In Syaa Allah jenazah akan […]

DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH BERKUNCI

PENAMPANG: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dal sebuah rumah di Penampang Baru, di sini, pagi tadi. Pasukan bomba juga terpaksa dipanggil bagi membantu membuka pintu yang berkunci dan sebaik berjaya dibuka, mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman @ Arman Mosrih, 48, bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia […]

LELAKI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH TERKUNCI

PENAMPANG: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah rumah terkunci di Pasir Putih, Putatan, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia selepas diperiksa pasukan polis. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.51 […]

KADOH AGUNDONG ‘THE GIANT KILLER’ MENINGGAL DUNIA

KOTA KINABALU: Datuk Kadoh Agundong yang pernah mencipta kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 1985 apabila menumbangkan ketua menteri ketika itu Harris Salleh, dilaporkan meninggal dunia, tengah malam tadi. Berita pemergian bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) Sabah itu menjadi viral di media sosial sejak pagi tadi dengan beberapa pemimpin politik membuat ucapan takziah kepada […]

LELAKI ALAMI MASALAH KESIHATAN MENINGGAL DUNIA KETIKA MEMANDU

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut dipercayai selepas mengalami masalah kesihatan ketika memandu dalam kejadian di Jalam Kolam, Luyang, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, kereta jenis Toyota Hilux Vigo yang dipandu mangsa turut dikatakan terbabas lalu termasuk ke laluan bertentangan serta merempuh sebuah kenderaan lain. Mangsa yang dikenali sebagai Arsad, […]