SMSM JUARA KEJOHANAN RAGBI PIALA DATUK EWON BENEDICK

PENAMPANG: Pasukan Sekolah Menengah St Michael (SMSM) muncul juara Kejohanan Mini Ragbi SMSM Piala Datuk Ewon Benedick yang berlangsung di Padang B, Kompleks Sukan Penampang, di sini, pada Sabtu. Pasukan Bawah 15 Tahun (B-15) SMSM itu dinobatkan sebagai juara selepas menang bergaya di final bertemu SM La Salle. Kategori lelaki yang diadakan secara 10 sebelah […]
BANJIR KILAT LANDA BEBERAPA KAWASAN DI KOTA KINABALU, PENAMPANG

KOTA KINABALU: Hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini serta Penampang dilanda banjir. Antara lokasi berkenaan termasuklah Telipok, Inanam, Likas, Sepanggar, Indah Permai, Kolombong, Lido dan Kepayan. Banjir kilat di daerah Penampang menenggelamkan Jalan Kibabaig, Jalan Bundusan, Jalan Penampang Lama, Jalan Kolopis dan beberapa lagi kawasan sekitarnya. […]
WANITA MAUT, DUA RAKAN CEDERA DALAM KEMALANGAN

PENAMPANG: Seorang wanita maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas kenderaan dinaiki merempuh penghadang jalan di Jalan Penampang Kinarut berhampiran Padimas Point, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa iaitu seorang wanita berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Dua lagi rakannya yang berusia […]
TIGA PEMANDU MABUK DITAHAN

PENAMPANG: Tiga pemandu ditahan selepas disahkan memandu dengan paras alkohol tinggi dalam operasi di Jalan Kota Kinabalu – Penampang, di sini, malam tadi. Dalam operasi Op Mabuk bermula jam 11 malam itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang turut mengeluarkan 54 saman atas pelbagai kesalahan. Ketua Polis Daerah Penampang, […]
AKSI ‘STUNT’ BAWA PADAH, REMAJA DICEKUP POLIS

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki mempamerkan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Jalan Kota Kinabalu-Putatan, di sini, ditahan polis, semalam. Remaja berusia 18 tahun terbabit ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, dalam operasi ‘Op Samseng Jalanan’ yang dijalankan, semalam. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, operasi […]
TIGA PEMANDU MABUK DITAHAN
PENAMPANG: Polis menahan tiga pemandu selepas disahkan memandu dengan paras alkohol tinggi dalam operasi di Jalan Kota Kinabalu – Penampang, di sini, malam tadi. Dalam operasi bermula jam 11 malam itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang turut mengeluarkan 13 saman atas pelbagai kesalahan. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi […]
MANGSA TERAKHIR KES REMAJA HANYUT DI PENAMPANG DITEMUI
PENAMPANG: Mangsa kedua yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Pogunon, di sini, ditemui mati lemas, pagi tadi. Mangsa, Tomansi Olaf, 17, ditemui kira-kira jam 11.04 pagi di Sungai Moyog, dekat sini, oleh pasukan bomba yang melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak tiga hari lalu. Jurucakap bomba Sabah berkata, mangsa ditemui kira-kira […]
SAR CARI REMAJA HILANG DIHANYUTKAN ARUS DERAS BERSAMBUNG ESOK
PENAMPANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan arus di sungai Kampung Pogunon, di sini, semalam, akan disambung pagi esok. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, operasi SAR esok akan diteruskan dengan penambahan aset bot daripada Pasukan Polis Marin (PPM). Katanya, operasi SAR ditangguh kira-kira […]
DIHANYUTKAN ARUS DERAS DI PENAMPANG, SALAH SEORANG MANGSA DITEMUI LEMAS
PENAMPANG: Seorang daripada mangsa yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemui lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan Inobong, di sini, hari ini. Mangsa yang dipercayai sebagai Harold Walter, 17, ditemui pada jam 2.45 petang oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan turun ke sungai untuk memeriksa pukat ikan miliknya. Difahamkan, […]
OPERASI CARI DUA REMAJA DIHANYUTKAN ARUS DERAS DITERUSKAN
PENAMPANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua remaja yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, di sini, semalam, diteruskan pagi tadi. Operasi dijalankan bermula jam 6.25 pagi itu membabitkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah. […]