Search

Cubaan seludup minyak masak, petrol gagal

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak masak peket dan petrol di kawasan pesisir pantai Kampung Kuala Bibang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, anggota PPM Semporna yang menjalankan tugas Op Taring Gelora Khas menemui longgokan kotak dan tong di pesisir pantai berkenaan. Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten […]

PPM rampas lebih 11 tan daging penyu kering, spesies marin terancam bernilai RM5 juta

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai bahagian penyu yang sudah dikeringkan dan spesis hidupan laut terancam bernilai lebih RM5 Juta. Semua rampasan itu ditemui di atas sebuah bot jenis bubu ikan di kawasan laut Mangsee Reef, pada jam 11.15 pagi semalam. Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, ketika dalam penugasan […]

PPM gagalkan cubaan seludup rokok

TAWAU: Sekumpulan lelaki yang sedang leka memunggah rokok seludup di kawasan kampung Ice Box, di sini, bertempiaran lari selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, menerusi Op Taring Gelora Khas/Op Kontraban, semalam. Bagaimanapun, dua lelaki daripada kumpulan terbabit berjaya ditahan dan merampas 108,000 batang rokok seludup yang disembunyikan di dalam van jenis Toyota […]

PPM tahan juragan cuba seludup barang kawalan

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan dalam Op Taring Gelora di kawasan perairan dekat Pasar Umum Sandakan, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, bot ronda PPM Sandakan yang sedang membuat rondaan mengesan kelibat individu yang mencurigakan sedang memunggah sesuatu ke dalam bot yang berikat di Jeti Pasar […]

4 warga Filipina ditahan cuba seludup 3.06 tan minyak masak bersubsidi

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, semalam, menahan empat lelaki warga Filipina kerana disyaki cuba menyeludup keluar 3.06 tan minyak masak bersubsidi. Tangkapan dan rampasan oleh anggota PPM Wilayah Empat Semporna itu dilakukan di perairan Tobo-Tobo, menerusi Op Taring Gelora, kira-kira 5 petang. Menerusi operasi itu, bot ronda PPM Semporna yang sedang menjalankan […]

PPM Tawau gagalkan cubaan seludup 80 tong gas bersubsidi

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup 80 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi bernilai RM15,200 menerusi Op Taring Gelora Khas di Batu 4, di sini, 5 Mei lalu. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, menerusi operasi berkenaan, sepasukan Unit Risikan Marin (PPM) Tawau yang dalam pemantauan di kawasan berkenaan terlihat sekumpulan individu mencurigakan […]

PPM Sandakan patahkan cubaan seludup barang kawalan ke Filipina

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sandakan mematahkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan ke Filipina di Sungai Batu Putih, di sini, hari ini. Menerusi Op Taring Gelora, kira-kira 1 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Polis Marin Sandakan yang sedang dalam rondaan di Sungai Batu Putih, terlihat beberapa orang yang mencurigakan sedang memunggah sesuatu […]

PPM rampas 200 kilogram ikan, udang

SANDAKAN: Padah menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan, sebuah bot nelayan bersama juragan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sandakan. Menerusi Op Taring Gelora jam 10.30 pagi, kelmarin bot nelayan dijuragani lelaki tempatan berusia 62 tahun ditahan kerana menunda pukat di kawasan dalam lingkungan tiga batu nautika dari pantai Tanjung Nuing hingga Tanjung […]

PPM tahan 8 bot, disyaki cuba seludup keluar 5,500 liter petrol

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 5,500 liter petrol dalam Op Taring Gelora di kawasan laut Tanjung Manimpa, Pulau Bum-Bum, di sini, semalam. Semua minyak petrol itu diisi dalam 220 tong jerikin yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran dengan menggunakan lapan buah bot laju. Operasi yang bermula jam 3 pagi […]

PPM kekang penyelewengan petrol, langgar syarat lesen perikanan

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah berjaya mengekang aktiviti penyelewangan bahan api bersubsidi dan aktiviti perikanan yang menyalahi syarat lesen menerusi Op Taring Gelora di perairan Sandakan dan Semporna, semalam. Operasi bermula 6 pagi hingga 2 petang itu, dua kes tangkapan mengikut Akta Perikanan 1985 dan dua kes tangkapan Akta Kawalan Bekalan […]