Search

Pasukan Polis Marin rampas 500 karton rokok seludup

TAWAU: Intipan dan pemantauan yang dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) melalui Op Kontraban di Kampung Jawa Kongsi, Batu 10, di sini, berjaya mematahkan aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai, awal pagi tadi. Operasi kira-kira jam 6 pagi itu, sepasukan kecil anggota PPM Tawau membuat pemantauan di kawasan berkenaan dan terkesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan memunggah […]

PPM tahan 3 lelaki Filipina bom ikan di Semporna

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan tiga lelaki warga Filipina kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Sipanggau, di sini semalam. Ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 23 hingga 40 tahun ditahan PPM Semporna melalui Op Taring Gelora Khas kira-kira 5 petang. Pemeriksaan ke atas bot dinaiki suspek membawa kepada rampasan 150 kilogram ikan hasil […]

Pastikan Bantuan Orang Susah sampai kepada golongan sasaran – Masidi

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) supaya mengamalkan disiplin kewangan apabila membelanjakan peruntukan termasuklah Bantuan Orang Susah. Katanya, semua ADUN dan PPM perlu memastikan peruntukan bantuan berkenaan sampai kepada golongan yang disasarkan. Selain itu, katanya, ADUN dan PPM juga […]

PPM Tawau patahkan cubaan seludup masuk barangan runcit

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan seorang juragan menyeludupan masuk pelbagai barangan runcit tidak bercukai dipercayai dari negara jiran di perairan Batu Tiga, di sini, semalam. Juragan berusia 17 tahun itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota PPM Wilayah Empat Tawau yang menjalankan pemantauan menerusi ‘Ops Gelora, jam 7.30 malam. Pemeriksaan lanjut terhadap […]

Bergelut sebelum ditahan PPM

KUDAT: Dua lelaki bergelut dengan anggota polis sebelum ditahan ketika cuba melarikan diri selepas dikesan menjalankan kegiatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan laut Pulau Moleangin Besar, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia lingkungan 40 tahun ditahan sepasukan anggota dan pegawai PPM Kudat dalam Op Gelora Khas. Menurut […]

PPM patahkan cubaan seleweng pelbagai barang kawalan

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan seleweng pelbagai barang kawalan menggunakan bot laju di kawasan Sungai Kampung Mangkalinau, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, sepasukan PPM Sandakan yang menjalankan Ops Gelora menggunakan bot ronda mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan. Ketika dihampiri, bot laju berkenaan bertindak memecut ke arah tepi […]

PPM rampas minuman keras bernilai hampir RM600,000 dalam Op Kontraban

BEAUFORT: Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan sindiket penyeludupan selepas menahan empat lelaki dan merampas 1,758 karton dan botol minuman keras serta tiga lori bernilai hampir RM600,000. Semua tangkapan lelaki tempatan berusia 33 hingga 39 tahun itu dijalankan sepasukan PPM dari Markas PPM Wilayah Empat Sabah Kota Kinabalu, dalam Op Kontraban di jeti tepi sungai […]

LELAKI DITAHAN SELUDUP MINUMAN KERAS TIDAK BERCUKAI DARI LABUAN

LABUAN: Seorang lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas dipercayai cuba menyeludup keluar minuman keras tidak bercukai dari Labuan dalam operasi Op Kontraban, di tepi jalan Kampung Laut Menumbuk, semalam. Suspek lelaki berusia 34 tahun ditahan PPM Labuan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan muatan pelbagai minuman keras bernilai hampir RM10,000. Dalam kejadian jam […]

BERTEMPIARAN LARI TINGGALKAN MINYAK MASAK BERSUBSIDI SELEPAS DISERBU POLIS

SANDAKAN: Sekumpulan individu yang sedang memunggah sejumlah paket minyak masak bersubsidi dalam bungkusan plastik hitam bertempiaran lari selepas mereka diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, di kawasan laut Pasar Umum, di sini, semalam. Dalam kejadian 6.10 petang, individu terbabit bertindak melarikan diri ke kawasan bandar dengan meninggalkan beberapa bungkusan plastik hitam yang berada di dalam […]

CUBAAN SEKUMPULAN WARGA ASING MENYELINAP MASUK SABAH GAGAL

SEMPORNA: Cubaan empat lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak warga asing yang cuba menyelinap masuk ke daerah ini menerusi Laut Mantabuan, di sini, gagal apabila berjaya dihalang Pasukan Polis Marin (PPM). Dalam kejadian jam 9 pagi itu, kehadiran bot berkenaan disedari pasukan PPM yang sedang menjalankan operasi pencegahan penularan Wabak Covid-19 di sekitar perairan daerah […]