Search

KPM AKAN PASTIKAN TIADA SEKOLAH DAIF TERCICIR

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan tiada sekolah atau institusi pendidikan daif milik KPM di Sabah tercicir daripada menerima peruntukan. Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya akan memastikan agihan peruntukan dalam Belanjawan 2023 bagi mengatasi masalah bangunan daif itu dibuat dengan adil. “Kita sedang melihat dan melakukan unjuran supaya pembahagian itu adil. Kita akan pastikan […]

59 JURULATIH TAMAT KURSUS BADMINTON KEBANGSAAN TAHAP SATU

PUTATAN: Seramai 59 peserta berjaya menamatkan kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan tahap satu, yang diadakan di Juara Badminton Arena, di sini, semalam. Kursus anjuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan kerjasama Persatuan Badminton Sabah (SBA) yang membabitkan dua sesi itu diadakan secara teori dan praktikal, bermula 18 Februari lalu. Presiden SBA, Janih Bangud berkata, kursus kejurulatihan yang […]

KASTAM SABAH RAMPAS MINUMAN KERAS, BERAS SELUDUP RM378,046

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mematahkan cubaan menyeludup tiga kontena berisi minuman keras dan beras wangi yang dianggarkan bernilai RM378,046 termasuk cukai dalam dua kes berasingan di Pelabuhan Sepanggar, di sini, Rabu lalu. Rampasan itu dijalankan sepasukan anggota daripada Cawangan Siasatan Khas dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar dan Unit Operasi […]

AHLI UMUM KELUAR PARTI, UMNO KINABATANGAN TIDAK TERKESAN

SANDAKAN: Tindakan beberapa ahli UMNO bahagian Kinabatangan yang mengumumkan keluar parti, hari ini bukan suatu perkara memberikan kesan terhadap UMNO di bahagian itu. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kinabatangan, Datuk Titing Putang berkata, tindakan berkenaan tidak langsung menjejaskan semangat juang ahli lain yang masih setia dan memiliki prinsip perjuangan. “Rakyat hari ini sudah matang melihat budaya […]

METERAI PERJANJIAN BERSAMA PETRONAS, SABAH BAKAL PEROLEH 50 PERATUS FAEDAH

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyaksikan majlis menandatangani perjanjian utama (HoA) di antara syarikat minyak dan gas milik kerajaan Sabah, SMJ Sdn Bhd (SMJSB) dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) di Kuala Lumpur, semalam. Menerusi pemeteraian perjanjian itu, Sabah bakal mendapat 50 peratus faedah penyertaan yang berpotensi dimiliki kerajaan negeri menerusi […]

LELAKI DIKHUATIRI HILANG DI HUTAN

BELURAN: Seorang lelaki dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran sebuah ladang di Batu 32, di sini, sejak Selasa lalu. Mangsa Petrus Liman, 49, dipercayai masuk ke hutan jam 4 petang dan belum kembali ke rumah sehingga hari ini. Susulan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan bagi membantu usaha menjejak keberadaan mangsa. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi […]

LIMA ADUN UMNO SABAH KELUAR PARTI, SERTAI GAGASAN RAKYAT

KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah, mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta, hari ini. Semua ADUN berkenaan adalah Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk Hamid Awang (Balung), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan Datuk James Ratib (Sugut). Sejurus pengumuman itu, lima ADUN terbabit turut mengumumkan menyertai […]

PELAJAR UNIVERSITI RUGI HAMPIR RM50,000 ANGKARA ‘LOVE SCAM’

Kota Kinabalu: Seorang pelajar wanita di sebuah universiti tempatan, di sini, kerugian hampir RM50,000 selepas diperdaya sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi Telegram. Kejadian bermula pada 5 Februari lalu, apabila mangsa berusia 19 tahun berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi berkenaan. Pada awalnya mereka hanya berinteraksi dalam Telegram sebelum berhubung melalui […]

SESB RUGI RM20 JUTA SETAHUN AKIBAT CURI ELEKTRIK

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) merekodkan kerugian sebanyak RM20 juta setahun akibat aktiviti penyambungan elektrik secara haram di Sabah dan Labuan. Malah, 25 peratus gangguan bekalan elektrik adalah berpunca daripada kegiatan berkenaan. Pengurus Besar Pembahagian Ir Addie Ahmad berkata, terdapat 193 koloni setinggan seluruh Sabah dan Labuan dengan anggaran 31,000 rumah yang dipercayai […]

KEPKAS RANCANG PELBAGAI PROGRAM, TANGANI ISU HIDUPAN LIAR

KOTA KINABALU: Pelbagai program bakal dilaksanakan tahun ini bagi menangani isu-isu berkaitan sumber khazanah hidupan liar di negeri ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, isu seperti gangguan dan ancaman hidupan liar adalah suatu masalah mencabar dan aduan awam terus meningkat dari semasa ke semasa. “Gangguan gajah di ladang-ladang sawit […]