Suspek utama kes ragut di Tuaran ditahan polis

TUARAN: Seorang daripada dua suspek yang cuba meragut beg tangan milik peniaga kuih di tepi Jalan Sulaman berhampiran Kampung Lok Batik, di sini, berjaya ditahan polis. Suspek lelaki ditahan pada 2 Mac lalu, hasil maklumat yang disalurkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, suspek yang ditahan itu adalah suspek […]
Lori bertembung van, tujuh termasuk pelancong asing cedera

RANAU: Tujuh cedera termasuk lima pelancong luar negara selepas van dinaiki mereka bertembung dengan lori di Kilometer 3 Jalan Ranau – Kundasang, Kampung Kibbas, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa cedera membabitkan pelancong tempatan, Korea dan China serta pemandu van berkenaan. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan, Simium Lomudin berkata, […]
GRS sama seperti GPS? Biar rakyat nilai sendiri – Hajiji

KOTA KINABALU: Sama ada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berada pada kedudukan yang sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang hanya disertai parti tempatan, itu terpulang kepada rakyat untuk menilainya, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata, apa yang jelas gabungan itu kini dianggotai sepenuhnya parti tempatan Sabah dengan kemasukan Parti […]
Walau menang, Kim Swee belum puas hati

KOTA KINABALU: Walaupun menang 3-1 ke atas Kelantan United FC, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau tidak puas hati dengan kelekaan anak didiknya sehingga menyebabkan gawang pasukan dibolosi pada minit tambahan permainan. Katanya, walaupun sasaran mengutip tiga mata tercapai, corak permainan pasukan perlu diperbaiki lagi agar kelemahan yang disebabkan kelekaan pemain terutama […]
Sabah FC setanding JDT – Trucha

KOTA KINABALU: Sabah FC setanding pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), itu kata ketua Jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha selepas skuad kendaliannya kecundang 1-3 kepada pasukan berkenaan di Stadium Likas, di sini, malam tadi. Katanya, hanya Sabah FC yang dapat menyaingi pasukan Harimau Selatan itu dan pasti ramai mahu melihat pertemuan kedua-dua pasukan berkenaan dalam […]
Sabah sambut ketibaan pelancong dari Guangzhou

KOTA KINABALU: Seramai 140 pelancong dari Guangzhou tiba di Sabah hari ini menerusi penerbangan terus yang pertama dari China sejak pandemik lalu. Penumpang berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 5.30 pagi tadi menerusi penerbangan AirAsia. Kehadiran kesemua pelancong itu juga disambut Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga […]
Disangka penyamun rupanya kurang siuman

KOTA MARUDU: Seorang lelaki yang membuat ‘kecoh’ di sebuah pasar raya, di sini, Isnin lalu hingga mengundang rasa kurang sedang pengunjung dipercayai kurang siuman. Dalam kejadian 2.55 petang itu, lelaki berusia 36 tahun dalam keadaan mencurigakan berkeliaran di dalam dan sekitar pasar raya berkenaan. Orang awam kemudiannya bertindak memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis untuk […]
PPM rampas minuman keras bernilai hampir RM600,000 dalam Op Kontraban

BEAUFORT: Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan sindiket penyeludupan selepas menahan empat lelaki dan merampas 1,758 karton dan botol minuman keras serta tiga lori bernilai hampir RM600,000. Semua tangkapan lelaki tempatan berusia 33 hingga 39 tahun itu dijalankan sepasukan PPM dari Markas PPM Wilayah Empat Sabah Kota Kinabalu, dalam Op Kontraban di jeti tepi sungai […]
Warga emas ditemui rentung di dapur

KINABATANGAN: Mayat seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di sebuah kediaman di Kampung Pauh, Jalan Setampin, di sini, tengah hari tadi. Mayat mangsa berusia 84 tahun itu ditemui di bahagian dapur rumah oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, […]
492 PATI Filipina dihantar pulang ke negara asal

KOTA KINABALU: Seramai 492 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 4, melalui Pelabuhan Sandakan, semalam. Semua PATI berkenaan sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau dihantar ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan pengangkutan laut. Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk […]