Orang muda beri nafas baharu kepada STAR – Ketua Wiramuda Lamag

KINABATANGAN: Ketua Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (STAR) DUN Lamag, Kaharuddin Kahar berkata, mereka kini menfokuskan kepada literasi di kalangan belia sebagai nafas baharu kepada parti berkenaan. Katanya lagi, STAR selaku parti komponen dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga optimis dalam memastikan keabsahan di dalam kerajaan. Beliau berkata, sehingga Februari tahun ini, STAR […]
Sabah juara badminton peringkat kumpulan siri pertama JET

KOTA KINABALU: Pasukan Badminton Sabah muncul juara siri pertama peringkat kumpulan B, Kejohanan Badminton 100plus Junior Elite Tour (JET) 2023 yang berakhir pada 5 Mac lalu, di Putrajaya. Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA), Janih Bangud berkata, pasukan Sabah berjaya merangkul sebanyak enam pingat emas, empat perak dan lima gangsa membabitkan kategori berusia 12 hingga 16 […]
Kilang, kuarters pemeliharaan ikan musnah dalam kebakaran

KOTA KINABALU: Sebuah kilang dan kuarters pekerja pemeliharaan ikan air masin musnah terbakar di Kampung Kuala Sepanggar, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, turut memusnahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan […]
RM16.42 juta laksana program pembangunan belia – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM16.42 juta untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan belia bagi melahirkan pemimpin belia yang berkualiti tinggi. Katanya, menerusi peruntukan itu, program yang akan dilaksanakan meliputi aktiviti kesukarelawanan dan perpaduan sosial. Beliau berkata, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa modal insan agar sentiasa […]
400 hilang tempat tinggal, 90 rumah atas air di Sandakan terbakar

SANDAKAN: Kira-kira 400 penghuni hilang tempat tinggal selepas lebih 90 rumah di perkampungan atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi, di sini, musnah terbakar, pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 3 pagi dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat sehingga memusnahkan puluhan lagi rumah yang terletak berhampiran. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul […]
Suami isteri maut kemalangan di Papar

PAPAR: Suami isteri maut apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan di Kilometer 14 Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu, laluan Pan Borneo, di sini, semalam. Kejadian jam 6.30 petang itu mengakibatkan pembonceng wanita berusia 45 tahun parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya berusia lingkungan 50 tahun meninggal dunia ketika dirawat di […]
Ribut petir, hujan lebat dijangka hingga 5 pagi ini

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di negeri ini sehingga 5 pagi ini. MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.55 tengah malam tadi berkata, ia membabitkan daerah Sandakan dan Kinabatangan. Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi […]
Pelancong ditemui mati dalam bilik hotel

KOTA KINABALU: Seorang pelancong lelaki warga Korea ditemui mati di dalam bilik hotel di Jalan Coastal, di sini, hari ini. Mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemui terbaring di lantai biliknya oleh penghuni hotel berkenaan, jam 8.25 pagi. Menurut sumber, penghuni hotel itu melalui ke biliknya dan melihat mangsa terbaring di lantai bilik hotel dalam […]
Sabah pengeluar utama biji koko negara

KOTA KINABALU: Sabah merupakan pengluar utama biji koko negara di mana ia turut menyumbang sebanyak 57 peratus daripada jumlah keluasan tanaman koko negara yang seluas 3,444 hektar. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, petani koko di negeri ini termasuk dari Kota Marudu dan Keningau turut menyumbang kepada pengluaran biji koko […]
Pelajar sekolah kena saman, motosikal disita

TAWAU: Tindakan sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, menunggang motosikal secara merbahaya di kawasan Airport Lama, mengundang padah apabila dikenakan saman, Rabu lalu. Malah, motosikal ditunggang mereka turut disita oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, operasi dilakukan selepas […]