KOTA KINABALU: Tenom menjadi daerah terbaru disytihar terjejas banjir akibat hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Selain banjir, daerah itu turut diisytihar berdepan bencana tanah runtuh berkuatkuasa jam 3 petang pada Isnin.
Kedua-dua bencana itu diisytihar berlaku di daerah itu oleh Pegawai Daerah Tenom selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Alexander Liew.
“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana seperti berikut :
“Tarikh 5 Januari 2026 (Isnin), masa 3 petang, jenis bencana banjir dan tanah runtuh, daerah Tenom,” katanya.

Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) memaklumkan sebanyak lima kampung di Tenom dinaiki air setakat tengah hari tadi iaitu Enubai (Jalan Labut), Ponontomon, Pantungon Saga, Tumantalik dan Pantongan Sapong.
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut dibuka di daerah itu, iaitu di Kampung Labut Satu dan Ponontomon.
Ends