Search

TYT, KM hadir Majlis Silaturahim Hari Raya Konsulat Jenderal Republik Indonesia

April 4, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Silaturahim Hari Raya Idul Fitri Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu di Wisma Indonesia, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Ketibaan mereka disambut Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Noorman Effendi dan isteri.

Majlis dimeriahkan dengan jamuan makan Hari Raya, diiringi dengan persembahan nyanyian yang berlangsung dalam suasana penuh mesra.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya dan timbalannya, Datuk Al Hambra Tun Juhar. – Info X