PENAMPANG: Seorang wanita berusia 28 tahun dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi sejak Selasa lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya.
Mangsa, Julia Maning, yang menetap di Beverly Hills, Bundusan dan bekerja sebagai kakitangan di sebuah restoran francais popular, kali terakhir dapat dihubungi pada 10 Februari 2026.
Menurut ahli keluarga, sebelum kehilangan, Julia memaklumkan hasrat untuk pulang ke Lahad Datu pada tarikh berkenaan.
Bagaimanapun, selepas itu telefon bimbitnya tidak lagi dapat dihubungi dan segala usaha untuk menjejakinya setakat ini tidak berhasil.
Keluarga turut memaklumkan bahawa sejak kebelakangan ini mangsa kerap memuat naik status berunsur sedih di media sosial, sekali gus menambah kebimbangan terhadap keselamatannya.
“Kami amat risau kerana sehingga kini masih belum menerima sebarang khabar daripadanya,” kata seorang ahli keluarga ketika dihubungi.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Julia diminta menghubungi keluarga di talian 016-2923329 bagi membantu usaha pencarian.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu usaha pencarian dan menghormati privasi keluarga mangsa. – Info X